Selasa, 19 Januari 2010

PENAT....!!

Dah lama aku tak kemaskini blog nie...tp atas galakan kawan-kawan suruh aku hidupkan semula blog nie.
Masalah sekarang bahan aku tak ada banyak yang dapat di bawa masuk... xtvt pun baru je nak hangat balik sempena tahun baru nie...
Khabar berita desas sesus ujung bulan Januari nie ade xpdc jelajah Langkawi... dan bulan Feb lak ade jambori kat Seri Iskandar.... semua nie aku tak dapat information yg lebih detail.
Apo-apo hal hari minggu nie 24 Januari 2010 ade satu xpdc dari Changkat Jering-->Beruas-->Manong-->Kuala Kangsar-->Changkat Jering..(nie semua utk warm-up ke Langkawi)
Sapo-sapo nak join blehlah tgu kat Perumahan depan SMK Tengku Menteri, Changkat Jering.

Rabu, 24 Jun 2009

Kembara 7 Perhentian

Pada hari Ahad 21 Jun 2009, jam 7.45 pg. bertempat di hadapan Masjid Gunung Semanggol. Perjumpaan ahli2 Kelab KeBaSe... ingatkan ramai yg dtg, tp adelah 8 org je! Yg lain semua ade hal masing2 ... Tp ok gak sb nanti takut kena tinggal ngan NISHIKI...heheheee..... Aku(nal), Bad, Mie, Jamal, Halim, Khair, Mail Panjang & Shahril.... yg turut menyertainya. Kali nie tempat yg dilalui bermula dengan Semanggol===>Tebuk Panchur===>Bukit Merah===>Changkat Lobak===>Kubu Gajah===>pondok Tanjung===>Kg. Selamat===>Bukit Putus

Dibawah jambatan lebuhraya Utara-Selatan, taliair Tebuk Panchur.
Di persimpangan Jalan Kubu Gajah nak ke Bagan Serai atau Selame...?? Permulaan memasuki offroad ke Pondok Tanjung dari Pekan Kubu Gajah.


Selepas ini....

Ahad, 12 April 2009

Kembara ke Ban Pecah, Utara Perak









Laluan kembara ke Ban Pecah, Kuala Kurau pada petang sabtu bersamaan 11 April 2009. Kembara berbasikal ini disertai oleh lima orang ahli kumpulan, tetapi atas sebab tertentu salah seorang terpaksa menarik diri. Peluang untuk menjamah gulai kari sembilang claypot tidak dapat dilupakan. Suasana waktu senja matahari terbenam makin menarik dan ada unsur estetika yang tersendiri. Tiada kata yang dapat di sampai kecuali koleksi gambar dan video yang dapat dipaparkan sebagai permulaan titik Kembara Basikal Semanggol...


video video